KAMSIS PUO

KAMSIS PUO

Sekian lama aku tak menjejakkan diri ke dunia blogging. Kali ini penulisan aku ni tentang pengalaman belajar aku yang belum pon mencapai usia setahun. Saje nak share. huhuhu..
  So this is my general experience. Tidak bertujuan menakutkan sesiapa malah hanya sekadar perkongsian pengalaman aku sendiri. So last June I was registered as a student in an IPT which is the first polytechnic in Malaysia. Politeknik Ungku Omar.As a student aku actually suka la study sini. Compared to other poli yang aku pernah pergi la poli ni is bigger but jumlah pokoknya boleh dikira . hahha..Luas, ada taman yang cantik dan banyak spot untuk snap ootd huhuhu.. and the story goes this way...

  Pada hari yang telah ditetapkan aku tak ingat tarikh bila aku telah pergi mendaftar. Lepas tu angkat barang semua naik bilik. Kebiasaannya semua pelajar sem 1 dan 2 memang akan tinggal di kamsis kan. Sama la aku sem 1 dan 2 tinggal di kamsis. Macam biasa la bila duduk asrama ni akan keluar macam-macam versi cerita turun temurun dari komedi hingga ke horror. Tp based on experience aku menetap di kamsis baru yang hanya diduduki pelajar sem 1 dan 2 takde la kisah seram ape pon.aku tak penah jumpa ape-ape pon. Tp kalau pukul 2 pagi ada dengar orang menjerit itu benda biasa.True itu benda biasa. Sebab budak-budak asrama ni faham-fahamla perangai pelik-pelik diorg buat tu benda biasa. Sebelum aku mendaftar masuk ke puo banyak la aku google pasal puo ni nak tahu cemana rupa dia kamsis dia kos dia surrounding dia. Yang syok nye Puo ni tengah bandau so nak kemana-mana teramatlah mudah. Cuma fulus kene spend lebih la. Pasal nak kemana-mana memang mengharapkan bantuan Uber atau grab 100%.
  
  Sem 1 dan 2 aku berlalu dengan jayanya. Aku tetap stay dengan roommates yang sama cuma sorang roommate aku tepisah masa kami sem 2 pasal dia mai daftar lambat.

SEM 1 :

  Ok nak dijadikan cerita masa sem 1 kamsis aku adakan 1 program lebih kurang hari terbuka laa untuk student kamsis kan. So blok aku buat pertandingan 'Delima Talent Time'. Macam-macam la jenis persembahan yang para student ni buat. 2 orang roommate aku pon join la diorg nak menyanyi. Diorg practise punye practise skli sehari sebelum contest tu sorg roommate aku ni demam pulakk. Dah aku terpaksa jadi bidan terjun. Malam tu dengan tak tahu lirik aku sebat je rehearsal. Balik pikir baju terus tido. Esoknya dengan tak hafal lagu aku naik je pentas dengan tangan lutut ketau semua uihh menggigil teruk akuu. Memang harey betul diorang main campak aku pi menyanyi plak. Tamat je program tu tup-tup dr 10 team contestant kitorang dapat no.5 yuhuuu. Tak tahu lirik suara gigil pon boleh dapat no.5 sehh. hahaha.. Pengalaman menyanyi kali pertama aku didepan khlayak ramai. Biasa aku karok jamban je huhuu.

SEM 2:

  Tak lama lepas tu aku join satu trip hiking . Aku berminat dengan hiking ni lama dahh. Tp memandangkan kekangan masa dan duit yang banyak so aku terpaksa tangguhkan niat aku. Tp masatu tetiba guider tu bagi aku discount so aku pon ape lg. Member aku pon on haa berjemaahla kitorang memanjat semanggol tu. Gerak dalam pukul 11 macamtu sampai je pukul 1 kitorang mula panjat. Dah 2/3 perjalanan masatu nak menuju ke puncak dari checkpoint terakhir tu aku dah mula rasa gugup. Aku first time hiking kott. Dengan kaki tak sampainya I tell u memang mencabar teruks bagi orang-orang yang pendek macam aku. Nak menangis aku rasa sampai dalam hati dok pikir nak patah balik. Tp aku kuatkan diri aku balik sebab aku dah dipertengahan. Sikit lagi nak sampai puncak dan aku berada dalam group paling depan dengan guider utama kitorang. Aku dengan roommate aku yang terpisah bilik tu . So dia la tolong aku yang kaki tak sampai ni. Ada sorang lagi mamat tu siap tunggu aku tarik nafas. Pastu dia bagi aku lepas jalan dulu . Kira dia tolong aku jugak la. Tapi dalam kepekatan malam dan hutan tu aku tak nampak pon muka dia plus dia seorang hiker luar.huhuuu..Tak lama lepas tu aku sampai puncak . Memang nak menangis rasanya woii puncak pertama yang berjaya aku daki. Aku sempat buat story n aku highlight story aku tu. hahaha. Masa naik atas tu tak berpeluh langsung. Aku sampai puncak around pukul 3.15 am. Satu jam setengah ke 2 jam pendakian aku rasanya. Masa aku sampai puncak masih ramai lagi yang ade kat bawah . So aku sikit bersyukur masa tu sbb berjaya sampai atas walaupun jiwa rasa tak sanggup. Alhamdulillah. Kat atas tu macam2 la buat. Photoshoot la paling penting tp aku tak dapat nak sertakan gambar sbb gambar tak berapa nak elok. heee. Pagi tu around pukul 7 kitorg turun bawah. Perghh baru ku sadari aku mendaki gaung semalam tu. Patut curam semacam. Masa panjat sempoi. Masa turun berkolam peluh aku  nonstop. Tp aku turun direct la. Laju je. Hahaha baik aku selamatkan diri aku dulu. So ianya pengalaman yang amat manis bagi aku. Aku mmg nak pegi lagi tp aku perlu menjana pendapatan terlebih dahulu sebelom buat ape-ape.

SEM 3 (SHORT SEM):

  Ok so yang diatas tu adalah cerita sem 1 dan 2 aku . Kali ni cerita lain pulak yang berlaku ketika aku sem 3 iaitu short sem . So masa short sem ni aku stay di kamsis lama yang terletak di luar pagar poli sbb kamsis lama ni open untuk student short sem ketika ini ye. Sem ini sahaja. Jumaat bila ntah aku dah pindah barang dan terus pindah tempat tidur la. Petempatan baru aku sepanjang short sem ni adalah kamsis lama. Tak kusangka tak kuduga aku dapat aras atas skli memang agak savage la. Nak menapak satu hal. Bulan puasa satu hal.
 
STORY 1 :
  Cerita dia bermula begini. Pada satu malam yang hening, roommate aku merangkap classmate aku keluar pi TC dengan jiran bilik sebelah. So tinggal aku sorang la. Cerita ni sebelum bulan puasa menjengah. Aku pon duduk layan lagu main fon kat ats katil. Around pukul 10 camtu roommate aku still tak masuk bilik lagi. Aku pon wonder lah dia ni pi mana awat tak balik lagi. Aku pi jengah cafe kat tingkap jap. Lampu still menyala. So aku sambung main fon atas katil. Elok aku tengah bersuka ria aku dengau suara orang menjerit. Suara pompuan la kan dah aku duduk blok pompuan. Kuat bhaii. Dia jerit macam jerit dari jauh pastu datang makin dekat makin kuat suara dia. Sampailah tetiba Bumm!!. Dengau bunyi benda jatuh atas zink kat belakang tingkap bilik aku. Aku cuak gak sebenarnya. Cuma yang buat aku berani sikit sbb jam baru pukul 10 lebih. Aku bangun pi bukak pintu bilik luas-luas dulu sebab kalau jd ape-ape senang aku pi lari bilik sebelah. Pastu aku pi kat tingkap dengan niat nak tengok kalau ade benda pape jatuh atas zink tu. Aku tengok luau kiri kanan takde ape. Menggigil jgkla tangan aku sbb aku mintak-mintak mmg taknak nampak benda pelik-pelik. Pastu elok aku pusing roommate aku baru balik. Lega sikit rasa. Aku tanye roommate kot-kot dengau bunyi benda jatuh atas zink. Dia kata tak dengau pape even masatu da ada kat cafe yang pintu cafe tu pon boleh nampak tingkap bilik aku. So aku tidur malam tu dengan penuh prasangka jugaklah. Tapi aku anggap takde pape. Siang esoknya aku tengok lg kot la barang budak-budak kamsis ni jatuh ke atas zink. Tp takde ape pon. Kosong je zink tu. Dalam kepala dok pikir kot-kot budak-budak tu menjerit sbb barang diorg jatuh ke luar tingkap. Tapi yg musykilnya aku takde pon dengau bunyi benda jatuh ke kaki lima bawah sekali.

STORY 2 :

  Ok pada tarikh yang aku sendiri tak ingat bila. Malam tu aku tido awal. Aku memang jenis yang kunci jam setiap setengah jam bermula pukul 5 pagi kalau kat fon lama. 5.30 pagi kat fon yg aku guna sekarang. Setiap hari aku lock even hari minggu sbb takut terlepas subuh. huhuhu.. Nak dijadikan cerita lepas aku tido tu aku tetiba terjaga sbb aku dengau bunyi alarm. Aku ingat aku tido lama dah la sbb malam tu aku tido awal dalam pukul 12. Masa nak matikan alarm aku tekejut baru pukul 3 pagi. Gila bapak awal ntah sape plak yang lock jam aku. Aku tutup aku tido balik. Esok paginya roommate aku tanye dah kenape lock jam kol 3 sbb dia terjaga. Dia plak baru je dalam 5 minit tido malam tu. Itu yang dia terjaga. Aku plak bila dia tanya tu aku baru teringat. Aku diam la aku tgk dulu alarm aku. Takde pon yang aku lock kol 3 pagi. 3 petang pon takde. Yang lock sekali je pon takde. Mostly semuanya antara pkol 5 pagi hingga 2 petang untuk kejut kelas petang. Selain tu takde. Pastu roommate aku suruh check call log takot ade orang call aku tp aku tak perasan. Even tak logic tp aku check jugak .Takde sebarang call pon melainkan call dari mak aku pukul 7 petang semalamnya. Aneh bin pelik bin ajaib dan itu pon sudah cukup buat aku seriau sampai sekarang. Tp Alhamdulillah lah semuanya habis kat situ dan selepas tu takde pape lg yg jadi.
 

  So tamat sudah cerita aku kali ni. Maaf sbb bahasa dan tulisan yang aku guna ni sekadar bahasa whatsapp pasal malas taip panjang2. Harap pembaca enjoy dan kalau ada rezeki aku kongsi cerita aku ni dengan lebih detail. bukan ni je, Ade cerita lain lg sebenarnya. Tp yang ini yg sempat sbb aku ade kelas petang kejap lg. Nnt aku akan kongsi gambar kamsis aku. Old but nice one. TERIMA KASIH.

Comments